ADM Singapore 

Singapore

Di Singapura, perniagaan utama ADM ialah memproses biji koko.
ADM mendapatkan bahan-bahan mentah dari negara-negara pengeluar koko di Asia Pasifik. Di loji memproses koko kami di Singapura, kami memproses biji koko menjadi produk separuh lengkap seperti lemak koko, likuor koko dan serbuk koko. Produk-produk ini dijual dan diedar di bawah jenama deZaan® melalui rangkaian jualan tempatan dan global kami.

ADM mempunyai kepentingan dalam syarikat Alfred C. Toepfer International, sebuah pedagang global komoditi pertanian dan produk-produk diproses yang mempunyai pejabat serantau Asianya di Singapura.

ADM juga mempunyai kepentingan pemilikan dalam syarikat Wilmar International Limited, yang berpangkalan di Singapura, sebuah perniagaan pertanian terbesar di Asia, yang mengendalikan ladang kelapa sawit; kemudahan penghancuran beberapa jenis biji minyak; loji penapis minyak sayuran dan kemudahan pembungkusan; loji-loji yang mengeluarkan kimia oleo, protein soya dan baja; serta berbagai operasi pengisaran gandum dan beras.

ADM menggajikan hampir 300 orang di Singapura.

Translations

English

Copyright 2010 Archer Daniels Midland Company   Inside(out)   Online Privacy Statement   Terms of Use   Compliance & Ethics